7 perkara yang anda perlu buat sebelum anda tekan buy sesuatu saham pada keesokan harinya.
TSR HIGHLIGH
7 perkara yang anda perlu buat sebelum
anda tekan buy sesuatu saham pada keesokan harinya.
- Index
- Kondisi
saham itu
- General
analisis saham itu/ aktiviti saham itu pada hari sebelumnya
- S&R
- Setup
- Ada
entry atau tidak?
- Index
sector
Index
Kita sudah sedia maklum dalam dunia
saham ni ada index KLCI yang menentukan overall saham. Sebagai contoh kalau
index KLCI merah maka kebanyakan kaunter saham akan ada profit taking sama ada
heavy atau tidak bergantung kepada kondisi sesuatu saham itu, The best way
untuk trade adalah bila mana index besar KLCI itu menghijau, untuk advance
trader dia ada ilmu lebih sikit di mana pastikan ia bukan window dressing dan
saham itu stronger than index.
Kondisi saham
Apa yang anda perlu tahu tentang kondisi
sesuatu saham itu? Pertama kita perlu tahu harga sesuatu saham itu dengan major
trend saham itu. Major trend itu refer kepada time frame besar bukan time frame
kecil. Pastikan harga harga tersebut berada di mana sama ada pada kondisi uptrend/downtrend/ranging?
Harga tersebut berada pada kondisi pullback/impulse swing (wave berapa) cara
untuk trade dalam keadaan yang sy terang kan ini boleh refer nota teknikal yang
sy share sebelum ini.
General analisis/aktiviti saham
tersebut pada hari sebelumnya
Ok untuk general analisis ini
tolonglah jadikan habit dan buat selalu kerana ramai trader tidak buat dan
terus beli ikut2 sahaja, bila tanya kenapa beli pada waktu itu terus tak boleh
jawab. Untuk general analisis ini kita akan fokuskan kepada?
- Direction
saham itu (uptrend, downtrend/sideways)
- Volume
sesuatu saham itu (high/low/unchanged)
- Position
close harga saham itu (strong either solid morabuzu/weak/neutral)
- Last
high dan last low sesuatu saham itu. (boleh refer nota teknikal sebelum
ini)
Dengan mengkaji 4 faktor kriteria
ini insyaAllah anda akan tahu apa yang bankers cuba untuk buat pada hari
tersebut dan sama ada dia Berjaya atau tidak dan kita juga boleh membuat
jangkaan pada hari esoknya.
S&R
Pasal S&R ni pun sy xkan tekan
banyak di sini boleh refer nota teknikal sebelum ni page 29
Sebelum ini pun saya banyak tekankan
S&R kenapa? Kerana dengan tahu S&R ini kita dapat tahu supply dan
demand zone saham tersebut dan disini jugalah kita dapat membuat keputusan
berdasarkan risk dan reward. Elakkan beli semasa price berada berdekatan dengan
Resistance level. Kerana risknya lagi tinggi. Nak tahu lebih refer nota
teknikal.
Setup
Setup ni banyak disentuh dalam kelas
selama ini bergantung kepada seseorang itu sama ada mahu guna ma lines (boleh
refer boom jump/nugget,mfp/dll). Boleh juga guna S&R atau chart pattern.
Boleh juga gunakan trendline/ rainbow dan sebainya bergantung kepada kemahiran
pengguna itu.
Ada entry atau tidak?
Untuk yang ni ramai terciduk sebab
apa? Sebab kurang menitik beratkan benda ini. Apa yang perlu kita fokuskan
adalah price action tersebut berada pada kondisi apa? Sama ada berada pada
breakout failure/breakout pullback/tengah test reversal. Untuk jenis2 breakout
boleh refer nota teknikal page 26,27,28. Pastikan anda monitor trend dan volume
sekali jangan main refer price sahaja kan tak pasal2 lingkup.
Index sector
yang ni banyak diajar dalam kelas,
ok apa yang perlu kita fokuskan adalah index sector mana yang in play. Jadi
mudah bagi kita untuk trade sebab kita boleh focus kepada kaunter saham yang
indexnya hijau dan in play. Sebagai contoh: plantation indexnya hijau manakala
technology indexnya merah jadi focuskan kepada plantation dimana banyak kaunter
yang in play. Tidak perlu buang banyak masa nak intai satu-satu kaunter.
Akhir kata dari saya “work smart,
trade smart”
Comments